Asas utama
kebudayaan Australia sehingga pertengahan abad ke-20 ialah kebudayaan
Inggeris-Celt, walaupun ciri-ciri Australia yang tersendiri telah berkembang daripada persekitaran dan budaya
orang asli. Pada tempoh 50 tahun yang lalu, budaya Australia amat dipengaruhi oleh budaya popular Amerika (khususnya televisyen dan pawagam), dan imigrasi berskala besar dari negeri-negeri yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris serta dari negara-negara jirannya di Asia. Semangat dan sifat original seni Australia —
filem,
opera,
muzik,
lukisan,
teater,
tarian, dan seni pertukangan — telah memperoleh pengakuan antarabangsa.
Australia mempunyai sejarah
seni tampak yang lama, mulai daripada lukisan-
lukisan gua dan kulit kayu orang asli. Sejak zaman penempatan Eropah, satu tema yang biasa dalam
seni Australia ialah lukisan bentuk darat seperti yang dapat dilihat dalam karya
Arthur Streeton,
Arthur Boyd dan
Albert Namatjira, antara lain. Sebahagian besar tradisi-tradisi orang asli Australia diturunkan secara lisan dan amat berkait dengan upacara dan penceritaan
Masa Mimpi.
Muzik, tarian, dan
seni orang asli Australia mempunyai pengaruh yang ketara kepada seni tampak dan seni pentas sezaman. Australia mempunyai tradisi
muzik, tarian
balet, dan
teater yang aktif, dengan banyak syarikat seni pentasnya menerima pembiayaan awam melalui
Majlis Australia kerajaan persekutuan. Terdapat sebuah
orkestra simfoni di setiap ibu kota, serta sebuah syarikat
opera kebangsaan, iaitu
Opera Australia, yang dijadikan terkenal buat pertama kali oleh
Joan Sutherland, seorang
diva yang termasyhur;
muzik Australia merangkumi
muzik klasikal, jazz, dan banyak lagi genre muzik yang popular.
Kesusasteraan Australia juga dipengaruhi oleh pandangan darat; karya-karya penulis seperti
Banjo Paterson dan
Henry Lawson, mengabdikan pengalaman pedalaman Australia. Ciri-ciri Australia jajahan yang terangkum dalam kesusasteraan awal bergema dengan Australia moden dan penekanan tertanggap terhadap
egalitarianisme, persahabatan, and anti-autoritarianisme.
Pada tahun 1973,
Patrick White dianugerahkan dengan
Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Beliau yang diakui sebagai salah satu penulis bahasa Inggeris abad ke-20 yang terbaik merupakan orang Australia yang tunggal untuk memperoleh anugerah ini;
Bahasa Inggeris Australia merupakan satu kelainan bahasa Inggeris yang utama; sebahagian besar tatabahasa dan ejaannya mendasarkan bahasa Inggeris British yang disertai dengan bahasa vernakular yang kaya dengan butir-butir dan frasa-frasa leksikal yang unik. Sebilangannya ini telah diterima oleh bahasa Inggeris piawai.
Australia mempunyai dua buah stesen penyiaran awam (
SBS yang berbilang budaya, serta
ABC), tiga buah
rangkaian televisyen komersil, tiga perkhidmatan TV berbayar, dan banyak lagi stesen televisyen dan radio awam tak untung.
Industri filem Australia telah mencapai kejayaan-kejayaan komersil yang genting. Setiap bandar raya utama mempunyai akhbar sendiri, dan terdapat dua akhbar nasional, iaitu
The Australian dan
Akhbar Resensi Kewangan Australia (
The Australian Financial Review). Menurut
Wartawan Tanpa Sempadan (
Reporters Without Borders), pada tahun 2005, Australia mendapat tempat ke-35 dalam senarai negara-negara yang ditempatkan mengikut
kebebasan akhbar, iaitu di belakang
New Zealand (ke-9) dan
United Kingdom (ke-28), tetapi di hadapan
Amerika Syarikat. Pemeringkatan ini disebabkan sebahagian besar oleh kepelbagaian pemilikan media komersil yang terhad di Australia. Khususnya, kebanyakan
media bercetak Australia adalah di bawah kawalan
Perbadanan Berita dan
Syarikat Pemegangan John Fairfax.
Sukan memainkan peranan yang utama dalam kebudayaan Australia. Dibantu oleh iklim yang sangat sesuai untuk kegiatan-kegiatan luar, 23.5% daripada penduduk-penduduk Australian yang berumur melebihi 15 tahun menyertai kegiatan-kegiatan sukan terancang dengan tetap.
[1] Pada peringkat antarabangsa, Australia mempunyai pasukan-pasukan yang kuat dalam
kriket,
hoki,
bola jaring,
liga ragbi, serta
kesatuan ragbi, dan menunjukkan prestasi yang baik dalam
lumba basikal,
sukan berdayung, dan
berenang. Pada peringkat negara, sukan-sukan popular yang lain termasuk
bola sepak peraturan Australia,
lumba kuda,
bola sepak dan
lumba kereta. Australia telah menyertai setiap
Sukan Olimpik musim panas era moden, dan setiap
Sukan Komanwel. Australia menjadi tuan rumah kepada
Sukan Olimpik Melbourne 1956 dan
2000, dan telah ditempatkan antara lima buah negara yang memenangi paling banyak pingat sejak tahun 2000. Australia juga merupakan tuan rumah kepada
Sukan Empayar British 1938 dan
1962, serta
Sukan Komanwel 1982 dan
2006. Sukan-sukan antarabangsa utama yang lain yang biasa diadakan di Australia termasuk
Kejohanan Terbuka Australia, salah satu daripada empat pertandingan tenis
Grand Slam, pertandingan kriket antarabangsa tahunan, dan Formula One
Grand Prix Australia. Penajaan korporat dan kerajaan kepada banyak sukan dan ahli olahraga elit adalah biasa di Australia. Sukan yang disiarkan di televisyen adalah popular; sebilangan rancangan televisyen yang menerima pemeringkatan yang tertinggi termasuk Sukan Olimpik musim panas dan perlawanan akhir bola sepak tempatan dan antarabangsa.
[2]
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Australia